Friday, 30 September 2011
SEJARAH AKSARA (TULISAN) RENCONG
Aksara Rencong telah digunakan dalam persuratan Bahasa Melayu Purba (zaman sebelum kedatangan pedagang India ke Kepulauan Melayu).
* 慉ksara Rencong� ialah huruf-huruf Melayu asli yang digunakan oleh orang-orang Melayu pada zaman purba dalam sistem penulisan Bahasa Melayu Purba.
* 'Rencong' adalah perkataan Melayu yang bererti 'serong' dan ia dikenali sedemikian kerana huruf-hurufnya yang serong.
* Aksara Rencong didapati telah wujud lebih awal daripada aksara Jawa Kuno (tulisan Kawi).
* Ia juga merupakan tulisan Melayu tertua yang digunakan dalam sistem persuratan bahasa Melayu sejak abad ke-6 masihi iaitu ketika zaman kerajaan Melayu Srivijaya di Sumatera.
* Walau bagaimanapun, tulisan Rencong dipercayai telah pun digunakan sebelum abad ke-3 masihi lagi.
* Aksara ini dicipta oleh orang-orang Melayu dengan meniru bentuk-bentuk cabang, ranting, potongan kayu dan bentuk aliran sungai.
* Tulisan Melayu Purba ini telah dijumpai pada tahun 1892 pada sebatang tiang batu iaitu Batu Bersurat Kota Kapur di Kota Kapur, Bangka Barat, Sumatera, Indonesia.
* Selain Rencong, aksara Kawi dan Palava (dimana kedua-duanya dari India) juga pernah digunakan dalam persuratan Bahasa Melayu Kuno.
* Namun begitu, aksara Rencong merupakan satu-satunya tulisan yang dicipta oleh orang Melayu tanpa pengaruh dari luar Nusantara atau Alam Melayu.
* Dengan menggunakan huruf-huruf Rencong, Kawi dan Palava, orang-orang Melayu Purba dan Melayu Kuno menulisnya di atas kulit-kulit kayu, kulit binatang, daun-daun lontar, kepingan-kepingan logam dan juga pada batu-bata (termasuk batu bersurat).
Tiub buluh yang ditanggalkan ditulis dalam aksara Rencong.
* Setelah penyebaran Islam di Kepulauan Melayu, orang-orang Melayu Klasik cuba untuk terus menggunakan aksara Rencong (serta Kawi dan Palava) untuk menulis tentang Islam.
* Mereka mendapati ketiga-tiganya tidak sesuai kerana tidak mampu untuk merakam bunyi perkataan-perkataan baru dari Al-Quran dan Hadis secara tepat.
* Daripada mencipta atau menambah huruf baru pada aksara Rencong, Kawi atau Palava, orang-orang Melayu Klasik telah mengambil keputusan untuk mengabaikan terus ketiga-tiga tulisan tersebut.
* Sebaliknya, orang-orang Melayu Klasik cuba bereksperimen dengan huruf-huruf Arab dalam mengeja bahasa Melayu.
* Hasilnya, lahirlah tulisan Jawi yang berasaskan huruf-huruf Arab dengan beberapa huruf tambahan dan diguna-pakai dalam sistem persuratan Bahasa Melayu Klasik.
* Walau bagaimanapun, aksara Rencong terus digunakan d Minangkabau dan Sumatera Selatan (Bangkahulu dan hulu Palembang), kekal hingga kurun ke-18 iaitu sebelum Belanda menjajah Indonesia.
Huruf Kawi
Tulisan Palava
*Tulisan Kawi dan Palava mula digunakan dalam persuratan Bahasa Melayu Kuno selepas diperkenalkan oleh pedagang dari India.
Tulisan Jawi mengambil alih peranan sebagai sistem penulisan Bahasa Melayu Klasik selepas kedatangan Islam di Kepulauan Melayu. (Huruf-huruf di dalam bulatan adalah unik bagi bahasa Melayu dan tidak dijumpai di dalam tulisan Arab).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment